Bengang apabila internet lambat atau lembab? Lalu memarahi ISP (Internet Service Provider) sebab internet lembab. Tapi tahukah anda kenapa internet lembab? Banyak sebab sebenarnya. Artikel ini lebih menumpukan kepada penguna broadband (Celcom, Digi, Maxis, Umobile) dan Wimax 4G (P1 dan lain-lain). Dibawah merupakan punca internet anda lembab atau lambat.
1) Kehabisan Quota
Seperti yang kita tahu, internet mudah alih ini mempunyai qouta iaitu had pengunaan yang diberikan oleh ISP. Sebagai contoh, pakej Celcom Broadband yang berharga RM48 sebulan hanya membenarkan pengunaan 1.5GB sebulan. Sebelum anda membeli broadband, anda mesti tahu pakej yang sesuai untuk diri anda. Contohnya jika anda seorang yang suka menonton video dan memuat turun, anda tidak sesuai untuk mengunakan pakej ini. Sekurang-kurangnya anda perlukan 5GB sebulan. Memang ramai mengadu internet lambat. Inilah perkara yang anda perlu tahu.
2) Rangkaian
Secara umumnya kawasan bandar mempunyai rangkaian 3G yang membawa kelajuan internet sehingga 384kbps. HSDPA pula sehingga 7.2mbps.
Tapi jika di kampung bagaimana pula? GPRS? EDGE? GPRS hanya membawa kelajuan sekitar 32-48kbps. Manakala EDGE pula sehingga 180kbps. Biasanya jika kawasan anda hanya ada GPRS dan EDGE, indicator pada broadband anda akan berwarna hijau. Perlu diingatkan 180kbps tidak mungkin akan dicapai walaupun rangkaian EDGE terdapat di kawasan anda. Mungkin sekitar 20-40kbps sahaja yang anda terima.
3) Proses di dalam komputer
Perisian seperti Windows Update, Anti-Virus akan mengunakan internet. Ketika sistem memuat turun kemaskini, ia mungkin akan mengunakan sumber internet yang banyak. Jadi tidak heranlah jika internet anda lambat. Anda juga perlu tahu, ada sesetengah virus/worm/trojan juga mengunakan internet untuk memuat turun atau memuat naik sesuata seperti maklumat diri anda ataupun virus lain. Jadi internet lambat juga boleh terjadi jika komputer anda dijangkiti virus.
3 perkara diatas merupakan punca internet anda lambat. Jadi anda tidak boleh menyalahkan 100% kepada ISP yang anda gunakan. Ada juga sebab lain. Tapi ia tidak begitu penting. Jadi saya tidak senaraikan
Sumber: http://www.myyav.net
http://malaysian-hacker.blogspot.com/2012/04/8-negara-yang-mempunyai-kelajuan.html
ReplyDelete